04 November 2010

Perlawanan Bola Tampar bawah 16-Piala Dato Ng Sit Loi

Tahniah diucapkan kepada adik Fong Chuan Hui dan Faizol Ikmal kerana berjaya mengharumkan nama Kulaijaya dalam Perlawanan Bola Tampar bawah 16 Piala Dato Ng Sit Loi yang berlangsung di SMK Ledang yang berlangsung dari 29.10.2010 hingga 31.10.2010 . Mereka berdua dan beberapa orang bekas pemain sekolah ini telah menyertai perlawanan di atas dan mereka sebagai wakil Persatuan Bola Tampar Kulaijaya telah berjaya menjuarai perlawanan di atas. Tahniah ! Bemban Boleh ! Kulai Jaya !


Terima kasih diucapkan kepada guru-guru sekolah kami iaitu Cik Chew Pey Pey dan En. Wong Zheng Yee kerana telah melaksanakan tugas sebagai jurulatih dengan baik.
Pasukan Kulaijaya bergambar dengan Dato Ng Sit Loi dan pihak penganjur selepas menerima pingat emas.

Para pemain bergambar dengan barisan pengadil yang arif.