FrogAsia’s Videos
Soalan berkenaan Frogvle
1. Apakah itu projek 1BestariNet?
1BestariNet adalah projek
yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan
dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah
sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet
berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan
Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran
Bersepadu.
2. Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?
Di bawah projek 1BestariNet,
sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang
membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan
melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet,
yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan
Internet (Internet Yes 4G).
3. Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan
ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah
sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia
sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh,
guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para
pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi
melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak
pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui
Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya
sambungan Internet.
4. Kenapa perlu menggunakan Frog?
Frog VLE adalah platform
pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain
direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod
pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan
kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan
kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk
Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan
pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat
dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk
membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia.
Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan
membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang
boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.
5. Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?
ID Yes 1BestariNet untuk
daftar masuk tunggal akan membolehkan anda untuk mengakses Frog VLE. Setiap
sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk.
6. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan ID Yes 1BestariNet
saya?
ID Yes 1BestariNet
disalurkan ke semua sekolah. Sila berhubung dengan sekolah anda untuk
mendapatkan ID Yes 1BestariNet anda.
7. Apakah lagi yang boleh saya perolehi dengan ID Yes
1BestariNet saya?
Dengan ID Yes 1BestariNet
anda, anda boleh mengakses Frog VLE serta seluruh sumber dan aplikasi global
daripada Google, Khan Academy, dan banyak lagi, selain anda boleh mengikuti
butiran akaun anda dalam rangkaian Yes.
8. Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan
pembelajaran?
·
Frog VLE dibina
dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia
bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.
·
Menjimatkan
masa dan usaha:Frog memberikan
guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran,
menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
·
Hubung
dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para
pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta
berkongsi sumber dan idea.
·
Belajar
di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana
jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah
yang berat bakal menjadi sejarah.
·
Menarik
dan Menambat Perhatian: Sistem
Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan
pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya
sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru
menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi
memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
·
Platform
pembelajaran yang terbukti: Frog
mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah
sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE
turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang
berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk
memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
9.
Bagaimanakah guru dan
pelajar diberi sokongan sepanjang pelaksanaan projek 1BestariNet?
Laman Komuniti Frog
dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada
guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku
panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran
baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru
serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung
dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan
berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput
guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat
dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber
dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The
Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia
menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student
Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan
sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar
menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan
tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall
of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan
rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu
bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan
pendapat mereka.
10.
Adakah ibu bapa akan diberi
akses Frog VLE?
Ibu bapa akan diberi
ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu bapa dalam Frog VLE. Dengan ID
log masuk mereka, ibu bapa boleh mengikuti aktiviti anak-anak mereka di
sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah
serta memuat turun borang-borang penting dan dokumen.
11.
Mengapakah sekolah saya
tidak mendapat liputan sambungan lagi?
Beberapa sekolah di
kawasan anda mungkin sudah mendapat liputan, tetapi bukan sekolah anda.
Pelancaran sambungan internet dan Frog VLE bermula pada Disember 2011 dan
sehingga kini ia masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Semua
sekolah rendah dan menengah kerajaan akan mendapat sambungan menjelang akhir
tahun 2013.
12.
Bilakah Frog VLE akan tiba
di sekolah saya?
Pelancaran Frog VLE
bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE
selesai dilaksanakan.
13.
Di sekolah saya sudah
terdapat sambungan internet, tetapi mengapakah sambung VLE belum tersedia
lagi?
Beberapa sekolah
mungkin sudah mendapat sambungan internet tetapi belum boleh mengakses Frog
VLE. Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja
latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
14. Saya
terlupa alamat VLE sekolah saya.
15. Saya
menghadapi masalah dengan sambungan internet atau VLE.
Untuk bantuan
teknikal dan isu-isu penyelesai masalah, sila berhubung dengan Pentadbir Frog
sekolah anda. Jika anda adalah pentadbir Frog, kami mempunyaiPortal
Penjagaan Diri (Self-Care
Portal) (ID log masuk Pentadbir Frog diperlukan) yang membolehkan anda
mengakses bantuan teknikal.