31 Mei 2009

Terima Kasih Soka Gakkai Malaysia

Terima kasih kepada Soka Gakkai Malaysia Cawangan Kulai kerana sudi memberikan bantuan ( Kamus Bahasa Melayu ,soalan UPSR tahun-tahun lepas dan buku cerita )kepada 12 orang murid Tahun 5 dan 6 sekolah ini.



Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai badan NGO ini, sila layari laman web di bawah:
http://www.sgm.org.my/en/

29 Mei 2009

RIMUP -29.05.2009






KEPUTUSAN PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

Antara SJK© BEMBAN Dan SK AYER MANIS - 29.05.2009

KUMPULAN A :

JOHAN : CHAI JIA LING

NAIB JOHAN : NOR AZIEFAH BT AZMI

KETIGA : NURSUHAILAWATI BT SUKIR

SAGUHATI : NURHAIZIE BT SANI

HUN YANG LIN

FONG SWEE QI

NURUL AQILAH BT MOHD EMRAN

MASFUFAH BT MASRULLAH

TAN JIA JING

NUR HIDAYAH BT YUSUF

KUMPULAN B :

JOHAN : HUN YU XUAN

NAIB JOHAN : CHAI KAI LI

KETIGA : ASNOR FATIHAH BT MOHD ASNAWI

SAGUHATI : HUN ZU RONG

NUR ATHIRAH BT HJ MOHEL

NUR AISYAH BT ZAMAIL

MOHD FITRI B SAZALI

FONG SWEE XUAN

AFIQAH BT AZMAN

CHONG SOOK PENG

KUMPULAN C :

JOHAN : LIEW ZHI TONG

NAIB JOHAN : LIEW HUI YEE

KETIGA : YAM JIA EN

SAGUHATI : LEE JING KUAN

HO PIN JIE

WONG ZE ZHENG

MAZLIANA BT HASSAN

NAFISHA BT ZAABA

HUMAIRA BT HISHAMMUDDIN

LOO JOO NING


Kursus Pemantapan SKPM

14 Mei 2009

Khemah Ibadah SJKC Peringkat Negeri Johor

Perkhemahan itu telah diadakan di Kluang dari 27hb hingga 30hb April 2009. Empat orang murid Tahun 4 dan 5 telah menyertai perkhemahan selama empat hari bersama guru agama sekolah ini iaitu Pn. Fadhilah Bte Abu Naim.Mereka ialah :
MOHAMMAD RIYONA HIDAYAT
NUR AMIRAH
NURFARRADYANA BINTI MOHD.SAIMAN & FAISOL IKMAL

Pengenalan Hari Guru 16 Mei

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU


logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


08 Mei 2009

Hari Guru 2009


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah

Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta lagu : Khairulnizam bin Khalid
Pencipta lirik : Ili Nurbahirah binti Baharudin
Gubahan : Mazuki bin Tambi dan Nazri bin Ishak



Muat turun:
1. Lagu Tema Minus One
2. Lagu Tema dengan Vokal
3. Lagu Guru Malaysia Minus One
4. Lagu Guru Malaysia Vokal

01 Mei 2009

Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri Johor

Tahniah kepada wakil daerah Kulaijaya, Lai Jun Wen kerana berjaya mendapat hadiah tempat kelima dalam pertandingan tersebut pada 30.4.2009 di SJKC Chong Hwa 2, Kluang.


Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada Chong Jun Kang, murid Tahun 6 SJKC Bemban kerana terpilih untuk menyertai Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di SMK Sri Mersing , Mersing pada 7.5.2009 dan berjaya mengharumkan nama Kulaijaya dengan memenangi tempat kedua secara berpasukan.