28 April 2010

Lawatan Pentadbir dari SM Foon Yew Kulai

Lawatan di atas telah diadakan pada 28 April 2010 di mana penerangan tentang sejarah sekolah,aktiviti sekolah , pengurusan sekolah dan ujian kelayakan untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berkenaan telah disampaikan oleh Pengetua dan guru-guru dari SM Foon Yew Cawangan Kulai.





















19 April 2010

Perlawanan Bola Tampar MSSD Kulaijaya

Perlawanan di atas telah berlansung di SJKC Bemban dari 14.4.2010 hingga 15.4.2010. 7 pasukan lelaki dan 5 pasukan perempuan telah mengambil bahagian dalam perlawanan pada kali ini. Berikut adalah keputusan perlawanan:

Kategori P12
Johan : SJKC Kulai 1

Naib Johan : SJKC Bemban

Tempat Ketiga : SJKC Kulai 2


kategori L12

Johan : SJKC Bemban

Naib Johan : SJKC Senai

Tempat Ketiga : SJKC Kulai 1


Perlawanan peringkat negeri akan berlangsung di Batu Pahat. Semoga pasukan pemain dari daerah Kulaijaya dapat sekali lagi mengharumkan nama Kulaijaya di perlawanan peringkat negeri Johor nanti.

15 April 2010

ceramah motivasi guru 2010

02 April 2010

Bengkel Pemantapan Bahasa Malaysia UPSR

Sekolah kami telah mengadakan ceramah di atas untuk semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6

Tarikh : 03.04.2010( Sabtu )

Masa : 7.30a.m. - 12.00p.m.

Tempat : Dewan SJK( C ) BembanPn. Norhayati Eng, guru BM dan juga Penyelia Petang SJK( C ) Pei Hwa, Kota Tinggi telah dijemput sebagai penceramah.



Murid-murid Tahun 4

Murid-murid Tahun 5


Murid-murid Tahun 6


Pn. Siow Set Fun, Guru Besar sekolah ini menyampaikan cenderahati kepada Pn. Norhayati Eng.

01 April 2010

Karnival Bahas Cina Peringkat Daerah Kulaijaya

Karnival Bahasa Cina Daerah Kulaijaya telah berlangsung pada 30 Mac 2010, bertempat di SJKC Sedenak. Pelbagai acara dipertandingkan iaitu acara deklamsi sajak Tahap 1 dan 2, acara bercerita secara kreatif berpandukan gambar bersiri Tahap 1 dan 2 serta acara kaligrafi. Murid-murid sekolah ini telah mengambil bahagian dalam kesemua acara yang dipertandingkan. Saudara Wong Ze Zheng dari Tahun 3A telah muncul sebagai johan dalam Pertandingan Bercerita Secara Kreatif Berpandukan Gambar Bersiri kategori Tahap 1. Beliau akan mewakili daerah Kulaijaya ke pertandingan peringkat negeri yang akan berlangsung di Johor Bahru. Saudari Hun Yang Ling pula berjaya mendapat hadiah saguhati dalam Pertandingan Bercerita Secara Kreatif Berpandukan Gambar Bersiri kategori Tahap 2. Tahniah!
Peserta bercerita secara kreatif dan kaligrafi.

Peserta bercerita secara kreatif,peserta kaligrafi dan peserta deklamasi sajak Tahap 2.

Para peserta deklamasi sajak Tahap 2.

Para peserta deklamasi sajak Tahap

Peserta deklamasi sajak kategori bukan Cina-saudari Nuramirah yang cantik dan manis orangnya.

Nuramirah sedang mendeklamasikan sajaknya yang bertemakan kasih sayang ibu.

Persembahan deklamsi sajak Tahap 2.

Persembahan deklamasi sajak Tahap 1.

Wong Ze Zheng menerima piala daripada Guru Besar SJKC Sedenak, Pn. Ong Min Yock.

Sessi penggambaran bersama VIP.
Saudari Hun Yang Ling dari Tahun 6A(ketiga dari kiri ) menerima hadiah saguhati .

Sessi penggambaran bersama dengan dif-dif kehormat.

Mesyuarat Agong PIBG

Mesyuarat Agong PIBG SJKC Bemban telah berlangsung pada 26 Mac 2010.

Pengerusi PIBG , En. Fun Chee Cheong memberikan ucapan alu-aluan.

Pn. Siow Set Fun, Guru Besar SJKC Bemban memberikan ucapan.

Para ibu bapa dan penjaga sedang meneliti minit mesyuarat yang lepas.

Peti undi dibuka

Pengiraan undi bermula.

Para guru mencatatkan nombor calon di papan putih.

Aktiviti Minggu Anti-dadah

Sempena Minggu Anti Dadah, pertandingan mewarna Tahap 1 dan pertandingan melukis poster Tahap 2 telah dijalankan pada 24 Mac 2010.