01 April 2010

Karnival Bahas Cina Peringkat Daerah Kulaijaya

Karnival Bahasa Cina Daerah Kulaijaya telah berlangsung pada 30 Mac 2010, bertempat di SJKC Sedenak. Pelbagai acara dipertandingkan iaitu acara deklamsi sajak Tahap 1 dan 2, acara bercerita secara kreatif berpandukan gambar bersiri Tahap 1 dan 2 serta acara kaligrafi. Murid-murid sekolah ini telah mengambil bahagian dalam kesemua acara yang dipertandingkan. Saudara Wong Ze Zheng dari Tahun 3A telah muncul sebagai johan dalam Pertandingan Bercerita Secara Kreatif Berpandukan Gambar Bersiri kategori Tahap 1. Beliau akan mewakili daerah Kulaijaya ke pertandingan peringkat negeri yang akan berlangsung di Johor Bahru. Saudari Hun Yang Ling pula berjaya mendapat hadiah saguhati dalam Pertandingan Bercerita Secara Kreatif Berpandukan Gambar Bersiri kategori Tahap 2. Tahniah!
Peserta bercerita secara kreatif dan kaligrafi.

Peserta bercerita secara kreatif,peserta kaligrafi dan peserta deklamasi sajak Tahap 2.

Para peserta deklamasi sajak Tahap 2.

Para peserta deklamasi sajak Tahap

Peserta deklamasi sajak kategori bukan Cina-saudari Nuramirah yang cantik dan manis orangnya.

Nuramirah sedang mendeklamasikan sajaknya yang bertemakan kasih sayang ibu.

Persembahan deklamsi sajak Tahap 2.

Persembahan deklamasi sajak Tahap 1.

Wong Ze Zheng menerima piala daripada Guru Besar SJKC Sedenak, Pn. Ong Min Yock.

Sessi penggambaran bersama VIP.
Saudari Hun Yang Ling dari Tahun 6A(ketiga dari kiri ) menerima hadiah saguhati .

Sessi penggambaran bersama dengan dif-dif kehormat.