Pengumuman Keputusan UPSR 2010
Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga membantu SJK( C ) Bemban mencapai keputusan yang gemilang pada tahun ini.Walaupun SJK( C ) Bemban tidak berjaya untuk mengekalkan kedudukan NO. 1 di antara sekolah-sekolah SJK( C ) di daerah Kulai tetapi ia berjaya melahirkan empat orang calon 7A, tiga orang calon 6A1B dan seorang murid 5A2B. 70.37% calon lulus semua mata pelajaran dan GPS terkumpul adalah sebanyak 1.94 Prestasi calon SJK( C ) Bemban pada tahun 2010 lebih baik berbanding dengan prestasi UPSR calon SJK( C ) Bemban pada tahun 2009.Sudah tiga tahun berturut-turut keputusan UPSR sekolah ini menunjukkan angka yang meningkat.Besarlah harapan kami agar calon UPSR 2011 dapat berusaha dengan gigih untuk mengekalkan prestasi baik ini.
Calon 7ADari kanan : Dennis Chang,Fong Swee Qi,Yong Jing Ting dan Chai Ee Yuan
Calon 6 A 1 B:
Chan Thing Pei(kanan) , Hew Khai Chee
Calon 6A1 B:
Hun Yang Lin
Calon 5A 2 B :
Fong Chuan Hui