27 November 2010

Kursus Pensiswazahan Guru

A. IKLAN PERMOHONAN


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri(JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah(PPD)/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru(PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).



1. KETERANGAN PROGRAM

1.1 Nama Program : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)

1.2 Tempoh Pengajian : Empat Tahun

1.3 Mod Kursus : Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

1.4

Program ini dijalankan secara mod Pendidikan Jarak Jauh di Institut Pendidikan Guru(IPG)/Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS). Peserta yang lulus peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1 Warganegara Malaysia.

2.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/JPN/PPD/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.3 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011.

2.4 Telah disahkan jawatan.

2.5 Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/ separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM.

2.6 Memiliki Diploma Pendidikan/Penguruan atau Sijil Penguruan.




3. SYARAT TAMBAHAN

3.1
Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih daripada 3 tahun.

3.2
Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.

3.3
Mempunyai kesihatan yang baik.

3.4
Mempunyai purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik bagi 3 tahun yang terkini .




4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

4.1

Calon yang masih dalam tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib.

4.2

Calon yang tidak menamatkan kursus tanpa alasan yang munasabah (Contoh: PGSR/PJJ KPM/OUM).

4.3

Peminjam tegar pinjaman pelajaran Kerajaan.




5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN


A.
Sekolah Rendah.


Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Bahasa Melayu 10. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
2. Bahasa Inggeris 11. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
3. Bahasa Cina 12. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
4. Bahasa Tamil 13. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
5. Sains 14. Pendidikan Seni Visual
6. Matematik 15. Pendidikan Muzik
7. Kemahiran Hidup 16. Pendidikan Bimbingan
8. Pendidikan Islam 17. Pendidikan Pemulihan
9. Pendidikan Khas 18 Pendidikan Awal Kanak-Kanak


B.
Sekolah Menengah.


Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Bahasa Melayu 11. Perakaunan
2. Bahasa Inggeris 12. MataPelajaran Vokasional/Aliran Vokasional(MPV/MPAV)
3. Bahasa Cina 13. Kemahiran Hidup
4. Bahasa Tamil 14. Bimbingan dan Kaunseling
5. Bahasa Arab 15. Pendidikan Islam
6. Sains 16. Pendidikan Khas
7. Sains Sukan 17. Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
8. Matematik 18. Pendidikan Seni Visual
9. Sejarah 19. Pendidikan Muzik
10. Geografi





6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

6.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://apps.emoe.gov.my/kdp/ppg mulai 22 November 2010.



6.2
Calon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut dan meneliti Panduan Permohonan serta memahami tatacara membuat permohonan secara talian.

6.3
Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.

6.4
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.




7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan bagi Ambilan 2011 ditutup pada 7 Januari 2011
8. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3, Blok E13, Parcel E Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA (u.p. : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar) No. Telefon : 03-88841234/1245/1260 dan (u.p. : Unit Peningkatan Akademik) No. Telefon : 03-88841323/1223


Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu Sabah No. Telefon : 088-236804

Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sarawak Jalan Kolej 93259 Kuching Sarawak No. Telefon : 082-258045