20 November 2010

Piala GL Printing Remaja Bawah 12

Perlawanan bola tampar di atas telah berlangsung di SJK( C ) Foon Yew No. 1, dari 13.11.2010 hingga 14.11.2010. Tahniah diucapkan kepada pasukan lelaki sekolah ini kerana berjaya merangkul pingat perak.




















































16 November 2010

Pengumuman Keputusan UPSR 2010

Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga membantu SJK( C ) Bemban mencapai keputusan yang gemilang pada tahun ini.Walaupun SJK( C ) Bemban tidak berjaya untuk mengekalkan kedudukan NO. 1 di antara sekolah-sekolah SJK( C ) di daerah Kulai tetapi ia berjaya melahirkan empat orang calon 7A, tiga orang calon 6A1B dan seorang murid 5A2B. 70.37% calon lulus semua mata pelajaran dan GPS terkumpul adalah sebanyak 1.94 Prestasi calon SJK( C ) Bemban pada tahun 2010 lebih baik berbanding dengan prestasi UPSR calon SJK( C ) Bemban pada tahun 2009.

Sudah tiga tahun berturut-turut keputusan UPSR sekolah ini menunjukkan angka yang meningkat.Besarlah harapan kami agar calon UPSR 2011 dapat berusaha dengan gigih untuk mengekalkan prestasi baik ini.
Calon 7A
Dari kanan : Dennis Chang,Fong Swee Qi,Yong Jing Ting dan Chai Ee Yuan

Calon 6 A 1 B: Chan Thing Pei(kanan) , Hew Khai Chee

Calon 6A1 B: Hun Yang Lin
Calon 5A 2 B : Fong Chuan Hui

04 November 2010

Perlawanan Bola Tampar bawah 16-Piala Dato Ng Sit Loi

Tahniah diucapkan kepada adik Fong Chuan Hui dan Faizol Ikmal kerana berjaya mengharumkan nama Kulaijaya dalam Perlawanan Bola Tampar bawah 16 Piala Dato Ng Sit Loi yang berlangsung di SMK Ledang yang berlangsung dari 29.10.2010 hingga 31.10.2010 . Mereka berdua dan beberapa orang bekas pemain sekolah ini telah menyertai perlawanan di atas dan mereka sebagai wakil Persatuan Bola Tampar Kulaijaya telah berjaya menjuarai perlawanan di atas. Tahniah ! Bemban Boleh ! Kulai Jaya !


Terima kasih diucapkan kepada guru-guru sekolah kami iaitu Cik Chew Pey Pey dan En. Wong Zheng Yee kerana telah melaksanakan tugas sebagai jurulatih dengan baik.
Pasukan Kulaijaya bergambar dengan Dato Ng Sit Loi dan pihak penganjur selepas menerima pingat emas.

Para pemain bergambar dengan barisan pengadil yang arif.

31 Oktober 2010

kantin ditutup pada 1.11.2010

Kepada semua warga sekolah SJKC Bemban,

Kantin akan ditutup pada 1.11.2010( Isnin ) .Sila bawa bekal masing-masing.Harap maklum.

23 Oktober 2010

Pengisian SGM secara offline

Kepada guru-guru SJK( C ) Bemban yang terlibat dengan pengisian Standard Guru Malaysia, muaturun instrumen secara offline di bawah :

Instrumen secara offline ===> aplikasi excel.

Pengguna diminta memasukkan : Nama & No KP di ruangan Nama dan masukkan Kod Sekolah dan alamat di ruangan Alamat.

Instrumen (dalam aplikasi excel) yang telah dilengkapkan boleh diemail terus kepada penyelaras teknikal SGM di alamat email berikut : sgm.offline@gmail.com

19 Oktober 2010

Berita terbaru LINUS dari PPD Kulai

Rakan-rakan SJKC Bemban,berikut adalah maklumat yang diperolehi dari laman web PPD Kulai:


TARIKH MEMASUKKAN DATA LINUS

E-mail Cetak PDF
UNTUK PERHATIAN GURU BESAR / GPK 1 / PENYELARAS LINUS
Pihak sekolah diminta memasukkan data Saringan 3 LINUS yang lengkap ke laman sesawang NKRA mulai 25-30 Oktober 2010. Tuan-tuan dipohon memasukkan data tersebut awal untuk semakan di peringkat PPD dan mengelakkan kesesakan laman sesawang tersebut jika lewat dimasukkan.
Sebarang masalah berkaitan perkara tersebut mohon diajukan kepada Pen PPD Bahasa / Sains dan Matematik / FasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah.
Kerjasama tuan amatlah dihargai. Terima kasih.

11 Oktober 2010

Sambutan Hari Ulangtahun sekolah yang ke-74 dan Hari Kanak-kanak 2010



Kehadiran ahli-ahli Jemaah Pengurus Sekolah dan PIBG, para ibu bapa,guru-guru dan murid-murid.

Guru Besar, Pn. Siow memberikan ucapan.


Pengerusi PIBG, En. Fun memberikan ucapan.


Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah, En. Sam memberikan ucapan.


Wakil murid, adik Fong Swee Qi memberikan ucapan.


Nyanyian lagu Hari Kanak-kanak


Kek ulangtahun yang ke-74.


Nyanyian Lagu "Selamat Hari Jadi"


Meniup lilin


Upacara memotong kek.



Setiap murid menerima hadiah Hari Kanak-kanak berupa bag dan makanan ringan serta alatulis.


Prasekolah




Tahun 1


Tahun 2


Tahun 3




Tahun 4



Tahun 5



Tahun 6

Pemenang Pakaian Terbaik

Prasekolah

Kategori Tahun 1 dan 2

Kategori Tahun 3 dan 4
kategori Tahun 5 dan 6

Pemenang Pertandingan Menyanyi Kategori Prasekolah
Pemenang Pertandingan Menyanyi Kategori Tahun 1 dan 2


Pemenang Pertandingan Menyanyi Kategori Tahun 3 dan 4

Pemenang Pertandingan Menyanyi Kategori Tahun 5 dan 6