13 Januari 2011

Kemudahan Internet di Sekolah-Sekolah (Peringatan Kedua)


Atas saranan daripada pihak JPN Johor, tuan-tuan sekali lagi dinasihatkan agar menangguhkan dahulu sebarang permohonan langganan daripada mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP). Ini adalah kerana, beberapa syarikat ISP sedang dalam proses menyediakan pakej bagi memudahkan sekolah membuat pemilihan.

Untuk pengetahuan, pihak GiTN di bawah seliaan TM Berhad akan meneruskan khidmat SchoolNet sehingga 31 Januari 2011. Satu sesi taklimat berkenaan perkara ini akan dibuat kepada tuan-tuan dalam tempoh terdekat.