29 Januari 2011

Berita terbaru dari PPD Kulai



Program Pembangunan Guru Baharu Di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Selaras dengan ketetapan Makmal NKRA dan keputusan mesyuarat pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10/2010 bertarikh 16 Disember 2010, setiap gurubaharu yang melapor diri mulai tahun 2011 perlu menjalani Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun bagi tujuan menyokong pembangunan profesionalisme guru baharu dan meningkatnkan kompetensi dalam profesion keguruan. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan PPGB di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Suhubungan itu, tuan /puan diminta melayari laman web http://apps.moe.gov.my/bpg untuk memperolehi maklumat selanjutnya. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Hamzah bin Abu Talib (Penolong PPD Pembangunan Profesional, Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya) di talian 07-6632677.