19 Mac 2009

Sedikit info mengenai pokok bemban

Nama SJKC Bemban berasal dari nama sejenis pokok iaitu pokok bemban. Semasa melayari internet terjumpa pula sedikit maklumat lanjut tentang pokok bemban. Bacalah info di bawah .
Corat coret dalam GROUP ni adalah catatan Keluarga Wan Ismail Bin Wan Mahmood (Lubok Tapah) dan Rahmah Binti Samad (Kg Kangkong).

Nama Bemban ni terbit dari lokasi rumah Ayah dan Mek di Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan. Keahlian group ni terbuka kepada semua mereka yang ada pertalian darah dengan Ayah dan Mek serta semua ahli keluarga sabit(Associate Member). Buat masa ni,keahlian adalah percuma - masa depan tak gerenti - bergantung atas keadaan ekonomi negara dan ekonomi dunia.

Bemban adalah sejenis tumbuhan monokot(akar serabut - spt pinang, kelapa, tebu dan sebagainya). Bemban adalah tumbuhan dlm keluarga Marantaceae dan nama Latin nya Donax canniformis. Rumpunnya mencapai 3 - 5m tinggi. Daunnya bujur telur berukuran lenih kurang 30 cm panjang dan 20 cm lebar. Bunganya berwarna putih dgn bhg tengah berwarna kuning. Semasa muda buahnya hijau dan bila masak ianya putih kekuningan.

Secara semulajadinya tumbuhan ini tersebar di Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Papua New Guinea, dan Polinesia. Habitatnya adalah ditepi sungai atau kawasan lembah.

Begitulah salsilah Kg Kubang Bemban - dalam lembah dimana adanya taliair sekarang - zaman dulunya dipenuhi tumbuhan Bemban - membawa kepada nama kampong dari mana keluarga kita berkembang - dan sesuailah Group ini dinamakan Bemban yg dicadangkan Wan Azmi.

Bemban dikatakan mempunyai khasiat perubatan seperti penawar patukan ular dengan meminum air rebusan akarnya. Batangnya yang ditumbuk dgn halia dan kulit kayu manis boleh mengubati bisul. Wallah-u-a'lam.