11 Februari 2011

Berita terbaru dari PPD Kulai


Kursus Pengurusan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan daerah Kulaijaya akan diadakan

mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Februari 2010

Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : PKG Sungai Sayong

Pihak pentadbir sekolah dikehendaki mengarahkan seorang guru prasekolah di bawah pentadbiran masing-masing

ke kursus tersebut dengan membawa perkara berikut :

1. komputer riba

2. broadband

3. Maklumat lengkap prasekolah ( maklumat sekolah, guru, PPM , murid dan penjaga murid)

29 Januari 2011

lembaran kerja -aktiviti pengukuhan

1. lembaran kerja untuk Matematik, Sains dan BI
2.link BI
3. laman buat kraf DIY

Berita terbaru dari PPD Kulai



Program Pembangunan Guru Baharu Di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Selaras dengan ketetapan Makmal NKRA dan keputusan mesyuarat pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10/2010 bertarikh 16 Disember 2010, setiap gurubaharu yang melapor diri mulai tahun 2011 perlu menjalani Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun bagi tujuan menyokong pembangunan profesionalisme guru baharu dan meningkatnkan kompetensi dalam profesion keguruan. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan PPGB di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Suhubungan itu, tuan /puan diminta melayari laman web http://apps.moe.gov.my/bpg untuk memperolehi maklumat selanjutnya. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Hamzah bin Abu Talib (Penolong PPD Pembangunan Profesional, Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya) di talian 07-6632677.

28 Januari 2011

Sijil Kehadiran Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)



Kepada semua pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah mengikuti Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) Kumpulan 1 Tahun 2010 diminta hadir ke Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya untuk mengambil sijil tersebut.

Guru-guru yang telah berpindah ke luar negeri Johor, tuan/puan Pengetua dan Guru Besar dikehendaki memaklumkan alamat sekolah guru tersebut kepada En. Hamzah bin Abu Talib (Penolong PPD Pembangunan Profesianal Pejabat Pelajaran Daerah

27 Januari 2011

Ujian Saringan PERMATApintar



Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 boleh diambil mulai tarikh 1 Februari hingga 31 April 2011 dengan melayari http://www.permatapintar.edu.my.

Sehubungan itu, dipersilakan semua pelajar yang layak agar dapat memanfaatkan peluang ini bagi menduduki ujian tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En Mohd Sukor bin Marzuki, PPPD Pra Sekolah /Permata.

INSTRUMEN PEMANTAUAN KENDIRI KOKURIKULUM JPNJ


26 Januari 2011

Lawatan Klinik Pergigian

Staf dari Klinik Pergigian Kulai telah mengadakan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk murid-murid sekolah ini pada hari ini, 27.11.2011 ( Khamis )
Hero dan heroin yang berani sedang menunggu giliran untuk diperiksa.


Murid sedang menjalani pemeriksaan gigi di makmal Sains.