30 Oktober 2012

Berita dari Portal SPPBS Tahun 1 dan 2

1. Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid Tahun 1 dan Tahun 2 2012 perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.

2. Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tahun 6.Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan.