15 Ogos 2012

Sessi Perjumpaan Bersama Ibu bapa/penjaga Calon UPSR 2012




Satu sessi perjumpaan telah diadakan oleh pihak sekolah bersama para ibu bapa/ penjaga calon UPSR 2012 pada 15.8.2012, dari 8.00am hingga 10.30am. Dalam perjumpaan kali ini, pihak sekolah telah membentangkan prestasi yang dicapai oleh anak-anak mereka sehingga peperiksaan percubaan. Tayangan slide telah disediakan di mana ia merangkumi aspek-aspek berikut :
  • Pencapaian calon mengikut kumpalan ( A dan B )secara berasingan.
  •   Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak sekolah selama ini.
  • Cadangan kepada para ibu bapa /penjaga seperti perkara yang perlu diambilberat sebelum dan semasa peperiksaan UPSR.
  • Menerima apa-apa cadangan /pendapat daripada para ibu bapa/ penjaga.