01 Mac 2012

SJK( C) Bemban mara ke MSSM-Sarawak

Tahniah diucapkan kepada adik Tang Jia Jie(dari kanan), Fong Chuan Yao dan Lai Jun Hong kerana berjaya dipilih sebagai pemain negeri Johor dalam Perlawanan Bola Tampar Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di negeri Sarawak dari 12.3.2012 hingga 17.3.2012. Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Cik Chew Pey Pey ,guru dan juga jurulatih pasukan bola tampar SJK( C ) Bemban kerana telah berusaha dengan gigih sehingga membantu Kulaijaya muncul sebagai Johan dalam peringkat MSSJ .Semoga ketiga-tiga orang pemain dari Kulaijaya ini dapat mengharumkan nama negeri Johor dalam peringkat kebangsaan kelak.