Berikut adalah bahan yang diperolehi dari internet:
Tip Tatabahasa
1. Cara memotong
a) memotong b) mengerat c)menghiris d)membelah e) menetak f)mencantas g)memangkas h)menggunting i)melapah j)menyembelih k)menyiat l)mencencang m)menebang n)memenggal
o)menakik p)menebas
2. Cara duduk
a)bersila b)berlunjur c)bersilang d)bertinggung e)berlutut f)bersimpuh
3. Cara membuang
a) membaling b)membuang c)melontar d)mencampak e)menghempas f)merejam g)melempar
4. Cara jatuh
a)terjatuh b)tersembam c)tersungkur d)tertiarap e)terjelopok f)telentang g)terpelanting
h)terjunam i)terbabas j)terhumban
5. Cara menggosok
a)mengelap b)mengesat c)menggosok d)menggilap e)mengilat
6. Cara menggunakan air
a)menyimbah b)menyiram c)menjirus d)merenjis e)mencurah f)menuang
7. Cara makan/minum
a)membaham b)menelan c)melulur d)mengunyah e)menggigit f)mengerit g)memagut h)meneguk i)menyedut j)menghirup k)menghisap
8. Jatuh........
a)tumbang b)runtuh c)rebah d)jatuh e)gugur f)roboh g)ranap h)luruh
9. Bimbang........
a)bimbang b)rimas c)resah d)ragu-ragu e)cuak f)curiga g)gelisah h)takut i)cemas j)sangsi k)risau l)runsing
10. Datang/muncul.......
a)muncul b)tampil c)terbit d)timbul
11. Arah/haluan........
a)mundar-mandir b)lalu-lalang c)bolak-balik d)ulang-alik
12. Bising........
a)riuh-rendah b)hingar-bingar c)gegak-gempita d)bingit
Bahagian A- SK/SJK
Tema untuk bahagian ini pada tahun ini kemungkinan berfokuskan KELUARGA. Maknanya, gambar yang mungkin diutarakan berkaitan dengan aktiviti kekeluargaan. Contohnya, gotong-royong di luar/dalam rumah, aktiviti masing-masing di dalam ruang tamu, satu majlis keramaian, perkelahan, dan lain-lain. Namun, semua murid dinasihatkan agar tidak melupakan format yang lain seperti graf, jadual dan gambar berpusat/bercapah.
Tajuk lain - Gambar - perkhemahan, gotong-royong(penduduk kampung atau murid), perpustakaan, sambutan majlis, hari sukan, hari kebangsaan, hari guru. Jadual- jadual harian murid bertugas/individu. Graf - keputusan peperiksaan. Gambar berpusat - yang berkaitan dengan menjaga kebersihan/kesihatan atau nilai murni. Gambar bercapah - pohon kelapa, kelapa sawit, getah, buluh, lembu.
Bahagian B - SJK
1. Autobiografi** 2. Catatan** 3. Cerita** 4. Pengalaman** 5. Laporan* 6. Syarahan* 7. Fakta* 8. Ucapan*
Bahagian A :
1. Perhatikan arahan dengan teliti.
2. Jangan tulis ayat-ayat yang tidak berkaitan dengan gambar/graf/jadual.
3. Tulis ayat yang gramatis/lengkap untuk memperoleh markah yang baik (9-10%).
4. Teknik - Kata nama + aktiviti (+ adjektif) + keterangan (mengapa/masa/tempat/perasaan)
Bahagian B :
1. Baca kesemua soalan karangan yang diberikan.
2. Pilih karangan yang dapat dijawab oleh murid dengan baik.
3. Pastikan FORMAT betul.
4. Pastikan ada pendahuluan, 3-4 isi dan penutup.
5. Gunakan peribahasa yang sesuai/betul jika ada.
Bahagian C :
1. Baca arahan dengan teliti.
2. Mulakan dengan.... Kita haruslah.........
3. Format menulis - Kita + kata bantu + nilai/pengajaran + contoh + huraian ringkas.Tajuk-tajuk penting:
1. Lawatan ke sebuah tempat yang menarik/bersejarah
2. Pengalaman terlibat dalam satu aktiviti-majlis hari lahir, perkahwinan, aktiviti di sekolah
3. Sukan
4. Kokurikulum
5. Perpustakaan
6. Komputer
7. Kebersihan diri/kesihatan diri
8. Mengenang jasa ibu bapa, guru, orang tua(cara menghormati)
9. Tindakan yang dijalankan dalam satu-satu situasi
10.Autobiografi - Aku Sebuah Beg Sekolah, Aku Sebuah Pusat Sumber
11. Cara-cara/persediaan menghadapi peperiksaan
12. Cara-cara/bagaimana menjadi murid yang cemerlang/orang yang berguna
13. Majlis perpisahan seseorang
14. Perkelahan
15. Perkhemahan
16. Hobi
17. Soalan-soalan yang berkaitan dengan nilai murni