05 Jun 2008

Maklumat sekolah

Lencana Sekolah


1. Untuk membesarkan sepohon anak pokok supaya menjadi sepohon pokok yang subur bukanlah sesuatu yang senang. Begitu juga dengan usaha mendidik seorang murid agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat . Inilah yang dimaksudkan dengan 'Pokok Hijau' yang terdapat pada lencana sekolah.

2. 'Buku Biru' yang tercetak di atas lencana membawa maksud ‘ Membaca adalah kunci pengetahuan ’. Begitulah salah satu objektif yang hendak dicapai menerusi pendidikan di sekolah.


Matlamat Sekolah

Mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni pendidikan untuk melahirkan insan baik dari segi sahsiah yang seimbang dan sepadu serta menghayati ciri-ciri berikut :

· Percaya dan patuh kepada Tuhan.

· Berilmu pengetahuan.

· Berakhlak mulia.

· Bertanggungjawab kepada diri,masyarakat, agama, bangsa dan negara.

· Berbakti dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.
  • Menyediakan satu generasi wawasan yang berbudaya cemerlang dengan penekanan kepada mutu kerja dan produktiviti yang tinggi melalui penerapan nilai-nilai dan budaya kerja positif.

  • Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, berdaya cipta, berpandangan jauh dan dapat memanfaatkan teknologi serta turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban Sains dan Teknologi bagi mencapai Wawasan 2020
Visi Sekolah

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Misi Sekolah

Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.