21 Mei 2011

MSSJ Bola Tampar -Kulaijaya No-2

Tahniah diucapkan kepada wakil SJK( C ) Bemban kerana berjaya mengharumkan nama Kulaijaya dalam perlawanan bola tampar peringkat negeri yang telah berlangsung dari 13.5.2011 hingga 15.5.2011 di SJK( C ) Chong Hwa 3 , Muar baru-baru ini. Tahniah juga diucapkan kepada adik Fong Chuan Yao kerana dipilih sebagai pemain negeri Johor ke perlawanan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kelantan pada masa cuti yang akan menjelang tiba.

15 Mei 2011

Selamat Hari Guru


Cikgu-cikgu kita yang"cun-cun belaka"




Juruacara,Pn. Kee

Penyampai Perutusan Hari Guru daripada Pengarah Pelajaran Malaysia,Cikgu Afiza Binti Omar.

Penyampai Perutusan Hari Guru daripada Menteri Pelajaran Malaysia, Cikgu Fadhilah Binti Abu Naim.

Guru Besar ,Pn.Siow Set Fun menyampaikan ucapan.

En.Fun Chee Chong , Pengerusi PIBG menyampaikan ucapan.

Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah, En.Sam Khai Peng memberikan ucapan.

Wakil murid,sdr. Chai Khai Li menyampaikan ucapan.
Peserta prasekolah yang menyertai Sukan Prasekolah Peringkat Daerah. Mereka memperolehi hadiah sagu hati.Selain daripada itu adik Leong Shun An yang memenangi tempat 1 dalam acara lontar bola akan mewakili daerah Kulaijaya dalam Sukan Prasekolah peringkat negeri Johor yang akan berlangsung di Kluang pada 28.5.2011.

Pemain bola tampar yang menyertai perlawanan peringkat daerah.Mereka telah mengharumkan nama sekolah dengan memperolehi tempat ke-2.Lima orang pemain dipilih sebagai pemain peringkat negeri.

Pemain bola tampar yang mengharumkan nama Kulaijaya dalam perlawanan peringkat MSSJ baru-baru ini dengan memperolehi tempat ke-2 .Mereka ialah :

Ng Wei Jun,Jeremy Tang,Fong Chuan Yao,Lai Jun Hong Dan Chong Kai Xiang



Semua guru menerima bunga ros daripada para pelajar.

Kek Hari Guru 2011

Ucapara memotong kek


Persembahan tarian oleh murid prasekolah



Nyanyian 'Feng Xian' daripada murid-murid Tahun 4

Nyanyian lagu'You Raise Me Up' oleh murid-murid Tahun 5




Deklamasi pantun oleh murid-murid Tahun 3

Murid-murid menghadiahi para guru dengan bunga mawar.



Jamuan kelas turut diadakan.















14 Mei 2011

Pasukan Bola Tampar L12 Kulaijaya mara ke peringkat akhir MSSJ

Tahniah diucapkan kepada pasukan Kulai kerana berjaya mara ke peringkat akhir dalam kejohanan perlawanan bola tampar MSSJ di Muar. Berikut adalah tarikh,masa dan tempat perlawanan:

Tarikh : 15.5.2011( Ahad )
Masa : 11.00am
Tempat : SJKC Chong Hua 3, Muar

Ceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia UPSR

Ceramah di atas telah berlangsung pada 12.5.2011, jam 2.00p.m.,bertempat di Dewan SJK( C ) Bemban.Semua murid Tahun 4,5 dan 6 turut serta dalam aktiviti di atas. Pn. Umi Kalsom dari SJK(C ) Sawit telah diundang khas sebagai penceramah pada petang itu. Terima kasih diucapkan kepada Pn.Umi kerana sudi meluangkan masa keemasan beliau untuk turut bersama kami.

12 Mei 2011

Kursus Menangani Stress

Kursus di atas telah dijalankan pada 11.5.2011,bertempat di bilik komputer 1 sekolah ini. Penceramah,Pn. Ang Lay Hwa telah memperkenalkan cara untuk menangani stress melalui cara pernafasan kita.Di samping itu, beliau juga berkongsi pengetahuan tentang cara untuk menangani murid bermasalah serta jenis-jenis tekanan yang dihadapi oleh guru.


En.Ling Soon Seng memperkenalkan biodata Pn. Ang Lay Hwa

Pn. Ang Lay Hwa yang kelihatan ceria dan peramah.






Guru Besar,Pn. Siow dan para guru menjalani sessi bengkel di bilik komputer 1.









Pn. Siow menyampaikan cenderahati kepada Pn.Ang.