29 Januari 2011
Berita terbaru dari PPD Kulai
Program Pembangunan Guru Baharu Di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
Selaras dengan ketetapan Makmal NKRA dan keputusan mesyuarat pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10/2010 bertarikh 16 Disember 2010, setiap gurubaharu yang melapor diri mulai tahun 2011 perlu menjalani Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun bagi tujuan menyokong pembangunan profesionalisme guru baharu dan meningkatnkan kompetensi dalam profesion keguruan. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan PPGB di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Suhubungan itu, tuan /puan diminta melayari laman web http://apps.moe.gov.my/bpg untuk memperolehi maklumat selanjutnya. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Hamzah bin Abu Talib (Penolong PPD Pembangunan Profesional, Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya) di talian 07-6632677.
28 Januari 2011
Sijil Kehadiran Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)
Kepada semua pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah mengikuti Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) Kumpulan 1 Tahun 2010 diminta hadir ke Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya untuk mengambil sijil tersebut.
Guru-guru yang telah berpindah ke luar negeri Johor, tuan/puan Pengetua dan Guru Besar dikehendaki memaklumkan alamat sekolah guru tersebut kepada En. Hamzah bin Abu Talib (Penolong PPD Pembangunan Profesianal Pejabat Pelajaran Daerah27 Januari 2011
Ujian Saringan PERMATApintar
Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 boleh diambil mulai tarikh 1 Februari hingga 31 April 2011 dengan melayari http://www.permatapintar.edu.my.
Sehubungan itu, dipersilakan semua pelajar yang layak agar dapat memanfaatkan peluang ini bagi menduduki ujian tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En Mohd Sukor bin Marzuki, PPPD Pra Sekolah /Permata.
26 Januari 2011
Lawatan Klinik Pergigian
Lawatan Unit Pengurusan Akademik PPD Kulai
Tarikh : 27.1.2011( Khamis )
Pemantauan Pelaksanaan KSSR dan PBS
Barisan Pegawai Penolong PPD Kulai:
1. EN NOORHIZAM BIN ARMAN
Penolong PPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah,
2. EN ZALZAIFULKHAFIZ BIN SULAIMAN
Penolong PPD Sains dan Matematik (Rendah)
3. ENCIK KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN
Penolong PPD J-Qaf
Lembaran Kerja Bahasa Inggeris KSSR
Unit 1 -
muat turun animal sounds
http://www.animal-sounds.org/index.html
writing(animals)
http://www.writingwizard.longcountdown.com/wizards/multi_word.php?id=50603
writing 2 -animal's sound
http://writingwizard.longcountdown.com/wizards/multi_word.php?id=50604
language art - animal mask
http://www.activityvillage.co.uk/animal_masks_to_print.htm
bird mask
bee mask
cow mask
Unit 3
alphabet phonic and worksheet.
14 Januari 2011
13 Januari 2011
Kemudahan Internet di Sekolah-Sekolah (Peringatan Kedua)
Atas saranan daripada pihak JPN Johor, tuan-tuan sekali lagi dinasihatkan agar menangguhkan dahulu sebarang permohonan langganan daripada mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP). Ini adalah kerana, beberapa syarikat ISP sedang dalam proses menyediakan pakej bagi memudahkan sekolah membuat pemilihan.
Untuk pengetahuan, pihak GiTN di bawah seliaan TM Berhad akan meneruskan khidmat SchoolNet sehingga 31 Januari 2011. Satu sesi taklimat berkenaan perkara ini akan dibuat kepada tuan-tuan dalam tempoh terdekat.
10 Januari 2011
09 Januari 2011
Sistem Fail Pengurusan Akademik dari laman web PPD bertarikh 5.1.2011
muat turun sistem fail di bawah jika anda sedang dalam proses menyediakan 7 fail pengurusan akademik :
http://kulaijaya.net/v2/attachments/199_SISTEM%20FAIL%20UNIT%20PENGURUSAN%20AKADEMIK%201%20Ogos%202010.pdf
07 Januari 2011
Kejohanan Bola Tampar MILO Malaysia Ke-10 B-14 Tahun 2010
Peringkat: Kebangsaan
Penganjur: Swasta
Tarikh: 14/12/2010
Tamat: 17/12/2010
Tempat: SJK( C ) Cheng Siu , Batu Pahat
Laporan: Pemain sekolah kami,adik Fong Chuan Hui dan Faizol Ikmal di bawah pimpinan Cikgu Chew Pey Pey dan Cikgu Wong Zheng Yee telah mengharumkan nama negeri Johor dalam kejohanan di atas. Faizol Ikmal telah dianugerah sebagai "The Most Valuable Player" dan "The Best Receiver".Tahniah!Pasukan lelaki negeri Johor berjaya mendapat tempat ketiga manakala pasukan perempuan negeri Johor memenangi naib johan.Negeri Sarawak merupakan Johan bagi kategorilelaki dan perempuan.