14 April 2011

Karnival Bahasa Cina 29.03.2011

Aktiviti: Karnival Bahasa Cina Daerah Kulaijaya-kategori kaligrafi

Peringkat: Daerah

Penganjur: PPD Kulaijaya

Tarikh: 29/03/2011

Tamat: 29/03/2011

Tempat: SJK( C ) Seanai

Laporan: Tahniah diucapkan kepada adik Wong Ze Zheng dan adik Chan Xin Er kerana berjaya memenangi hadiah "hasil kerja kaligrafi terbaik " dan sagu hati bagi kategori bercerita secara spotan berpandukan gambar dalam pertandingan kaligrafi sempena Karnival Bahasa Cina Daerah Kulaijaya pada 29/03/2011.Wong Ze Zheng dan 3 orang pemenang"hasil kerja kaligrafi terbaik" yang lain akan mewakili daerah Kulaijaya dalam pertandingan peringkat negeri Johor. Semoga beliau dan rakan-rakan yang lain dapat mengharumkan nama Kulaijaya dalam pertandingan peringkat negeri kelak. SJK( C ) Bemban, BOLEH !


Adik Chan Xin Er

Aktiviti: Pertandingan Kaligrafi Johor Selatan

Peringkat: Daerah

Penganjur: Swasta

Tarikh: 13/03/2011

Tamat: 13/03/2011

Tempat: Teochew Eight Districts Association

Laporan: Adik Yam Jia En dari SJK( C ) Bemban telah menyertai pertandingan kaligrafi Johor Selatan anjuran Teochew Eight Districts Association Youth Section pada 13/03/2011. Beliau berjaya menewaskan peserts-peserta dari zon Johor Selatan yang lain dan seterusnya menerima anugerah "Hasil Kerja Kaligrafi Terbaik " .Tahniah ! Teruskan usaha.


Chan Xin Er ( dari kiri ), Wong Ze Zheng dan Yam Jia En bergambar dengan Guru Besar SJK( C ) Bemban , Pn. Siow Set Fun.

05 April 2011

MAKLUMAN KE-3: PROGRAM TIMBALAN PENGARAH TURUN PADANG TAHUN 2011 (DIPINDA)


Makluman dari PPD Kulaijaya

Selasa, 05 April 2011 15:53

Salam sejahtera, merujuk makluman yang disiarkan bertajuk PROGRAM PEMANTAUAN KUALITI KEPIMPINAN PENGURUS SEKOLAH (PPKKPS) 2011 di laman ini pada 14 Mac 2011.

Sehubungan itu dimaklumkan bahawa program tersebut telah dijadulkanpada 13 April 2011 telah dipinda ke bulan Mei 2011 (tarikh akan dimaklumkan kemudian)

2. Walau bagaimanapun, tuan dimohon mengambil tindakan segera dengan memuat turun fail-fail yang dilampirkan, mencetak, mengisi dan menghantar satu salinan borang-borang tersebut kepada PPD pada atau sebelum 11 April 2011, manakala salinan borang-borang hendaklah dibawa semasa program tersebut mengikut ketetapan yang tertulis di dalam di bahagian Pengenalan di fail kertas konsep ppkkps 150211.xls.

Sekian terima kasih.

Surjana bin Shukor
PPPD Pengurusan Kualiti

Dokumen Standard Prestasi KSSR

Berikut adalah Standard prestasi KSSR yang boleh didapati di Facebook.Layarilah url di bawah untuk muat turun dokumen prestasi KSSR yang anda perlukan.

Dokumen Standard Prestasi BM,TMK,Kesihatan,Matematik dan BC


Anda juga boleh tekan butang hyperlink KSSR di blog ini untuk mendapatkan lebih banyak bahan KSSR yang anda perlukan.